SaLaM SejaHteRa...


SelaMaT DatAng Dan Sama-SaMa MemBeRi KomEn YaNg MemBina Bagi MeNceRiaKan BloG Ini UnTuk TatApAn UmuM...

Powered By Blogger

Sabtu, 2 Februari 2008

Cerpen Yang Membuat Kamu Menitis Air Mata



Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama& alamat seorang gadis di salah satu mukasuratnya.Tertulis disitu"Catrina...kesepian & perlukan sahabat".Tergerak hati jejaka untuk mengutus suratkepada si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Sijejaka ingin sekali bertemu si gadis danbegitu juga dengan si gadis.Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan saying tetap berbuku di hati.Sehingga suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi kemedan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu dengan sigadis. Maka diutuskannya suratberbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodohkita, dan kamu masih sayangpadaku,kita berjumpalah di stesen keretapidi Bandar kamu pada hari perangdiumumkan tamat nanti. Aku akan memakaipakaian tenteraku dan membawasekuntum mawar berwarna merah. Aku akanmengenali kamu sekiranya kamu jugamemegang bunga mawar merah. Setelah ituizikanlah aku membawa mu makanmalam dan bertemu orang tuaku."Maka pergi lah jejaka ke medan perangsetelah mengutuskan surat itu...Beberapa bulan kemudian...Pada hari pengumuman perang tamat, sijejaka pergi ke stesenkeretapi di bandar tempat si gadis tinggalsambil memegang bunga di tangan. Dilihatnya seorang demiseorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga.Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seoranggadis yang agak berisi dan dudukdi kerusi roda sambil melihat sekeliling.Kakinya kudung dan tangannyacacat sebelah... sebelah lagi tangannyamemegang sekuntum bunga mawarberwarna merah... Si jejaka agak terkejuttetapi dia memberanikan dirimenghampiri si gadis. "Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejakadan tersenyum. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada sigadis dan berkata "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini danpelawaan ku untuk makan malam. Orangtuaku tidak sabar untuk bertemudenganmu.." sambil kemudian menciumtangannya. Si gadis ituterus bersuara.."aku tidak tahu apa yangterjadi. Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga inikepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamubahawa di sedang menunggu kamu direstoran dekat stesen ini sekiranya kamumempelawaku makan malam danbertemu orang tuamu....."Berapa ramaikah manusia yang sesuci hatijejaka ini? Dia melihat kepadahati dan bukan kepada rupa.. dia telahmengotakan janji nya dan tetapberpegang kepada perasaan sayangwalaupun pada mulanya dia menjangkakangadis cacat itu adalah Catrina...Sesungguhnya semua manusia harusberfikir seperti dia...

Tiada ulasan: